KESEDIHAN.......
Sabtu, 30 Julai 2011
Jumaat, 1 Julai 2011
Nama Kampung Yang Unik di Malaysia...
Berikut merupakan nama-nama kampung dan tempat yang dikira unik di Malaysia. Antaranya adalah....jom kite tengok...











Haa yang kat bawah ni bukan kat Malaysia tapi di oversea...




Sebenarnya ada banyak lagi nama kampung dan tempat pelik kat Malaysia ni. Ini menunjukkan orang dulu-dulu memang kreatif. Apa nama kampung unik sekitar tempat anda? Boleh kongsi bersama kami? :)
Isnin, 27 Jun 2011
Tips Mengelakkan Facebook Daripada Digodam...
Facebook, laman sosial utama di dunia kini semakin bertambah bilangan penggunanya termasuk di Malaysia. Seiring dengan itu, ramai penggodam-penggodam cuba mengambil kesempatan untuk menggodam (hack) akaun-akaun milik pengguna yang kurang menitikberatkan langkah keselematan akaun facebook mereka. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja akaun yang akan digodam.

Perhatian: Langkah-langkah berikut hanyalah panduan asas, terdapat lagi cara lain untuk menggodam facebook, dan dari semasa ke semasa, mungkin terdapat juga beberapa vulnarebilities baru yang dijumpai untuk menggodam akaun pengguna facebook.
1. Jangan berkongsi password
Serius, ini paling simple. Jangan kongsi password, walaupun dengan “kekasih” korang. Dulu saya pernah tulis kisah seorang pemuda yang akaun facebooknyadihackoleh teman wanitanya setelah mereka putus hubungan, sebab utamanya? Kongsi kata laluan (password). Yang belum baca boleh baca entry Akibat Putus Cinta, Facebook Di Hack. Hasil maklumbalas komen memang ramai yang setuju, jangan kongsi password, lagi-lagi dengan orang yang korang panggil “awek” tu sebab mereka belum tentu lagi akan berkahwin dengan anda. Woha!
2. Gunakan https
Tips berguna daripada Harisfazillah di blog beliau. Gunakan protokol https di facebook anda. Secara defaultnya, protokol yang digunakan adalah http, dan anda boleh tukar kepada https dengan mengikut langkah berikut:
§ Account > Account Settings > Account Security
§ Tick pada “Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible“
§
3. Enable Account Activity
Yang ini pernah diceritakan oleh Mohd Isa dalam tulisan beliau Akaun Facebook Kena Hack. Melalui bahagian “Account Activity, pengguna dapat melihat lokasi tempat mereka menggunakan facebook. Jika ada aktiviti yang mencurigakan, mereka boleh “deactivate” aktiviti mencurigakan tersebut dan menukar kata laluan serta merta
menggunakan telefon bimbit mereka.
Contoh paparan aktiviti mencurigakan
Cara untuk aktifkan:
§ Account > Account Settings > Privacy > Account Security
§ Pada bahagian “When a new computer or mobile device logs into this account:” , tick pada:
1. Send me an email
2. Send me a text message
4. Hide email
Antara info yang diperlukan untuk login ke akaun facebook anda alamat email dan password. Sekiranya alamat email yang dipaparkan di bahagian info profil anda bukan email yang digunakan untuk login akaun facebook, itu tidak menjadi masalah. Sekiranya email tersebut digunakan untuk facebook anda, lebih baik sembunyikan (hide):
§ Account > Privacy Settings > Customize Settings
§ Pada bahagian Contact Information, pilih ” Me Only” untuk email anda.
5. Kurangkan maklumat peribadi di profil
Ada beberapa cara untuk hack facebook, antaranya adalah melalui maklumat peribadi pengguna sendiri yang terpapar di facebook. Cara begini lebih dikenali sebagai social attack (kot. hahaha). Setelah mendapat email pengguna, penggodam hanya perlu “meneka” kata kunci daripada maklumat-maklumat yang dipaparkan. Serius, cara ni antara yang berkesan sebab ada pengguna yang leka meletakkan maklumat peribadi yang mungkin mengandungi katalaluan.
6. Berhati-hati dengan phishing
Phishing adalah satu lagi cara mudah untuk menggodam akaun facebook seseorang. Bagi yang tidak tahu, dalam teknik phishing, penggodam akan menghantar link kepada mangsa, di mana link tersebut mengandungi halaman seakan-akan mirip facebook. Apabila pengguna memasukkan email dan password, secara automatik data tersebut akan dapat dibaca /dihantar kepada penggodam.
§ Tips: Sentiasa melihat dan memastikan url yang betul sebelum login.
§ Artikel berkaitan: Tab Napping, cara phishing terbaru
7. Hati-hati klik short link
Ha, yang ni pun satu lagi. Mengikut maklumat dari blog The Hacker News, sekumpulan penggodam berjaya menggodam kira-kira 1000 akaun fanpage facebook! Anda lebih kenal rakan anda, kalau yang jenis “hacker” tu, hati-hati lah ye tekan link. Cara lain, boleh copy link tu, scan di virustotal.com.
Contoh link-link yang mencurigakan:

Nota:
1. Kalau link daripada orang yang anda kenal, takpelah kot nak klik
Screenshot diambil dari sebuah group page di facebook, entah sapa-sapa pun tak kenal. Hehe
Cara Mengelak Kucing Bising Ketika Malam
Cara mudah untuk mengelakkan kucing anda membuat bising ketika malam, atau ketika memasak, boleh juga menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kucing anda didera oleh jiran anda. Hahahah just joking!

P/S : Jangan buat macam ni tak baik..
Ahad, 15 Mei 2011
Rahsia Punggung dan Personaliti Anda
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang. Terdapat 5 bentuk punggung iaitu bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang mana satu kah anda.
1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
Sabtu, 14 Mei 2011
Piala Sultan Azlan Shah : Malaysia 3-1 Korea...
Malaysia mencapai kemenangan pertama dengan mengejutkan pasukan di ranking keenam dunia, Korea 3 – 1 dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh kelmarin.
Kemenangan itu diperolehi setelah Malaysia kalah dalam empat perlawanan yang diharunginya.
Walau bagaimanapun kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Malaysia yang berada di tangga tercorot kejohanan tersebut.
Skuad bimbingan Tai Beng Hai hanya mengumpul tiga mata daripada lima perlawanan yang dilaluinya.
Malaysia akan berdepan dengan Pakistan dalam perlawanan terakhirnya pada hari Sabtu ini.
Sementara itu, juara Piala Dunia, Australia menjadi pasukan pertama layak ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Britain 2 – 1.
Australia yang pernah menjuarai kejohanan itu sebanyak lima kali masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya mengumpul 13 mata daripada lima
perlawanan.
perlawanan.
Dalam perkembangan lain, juara bertahan, India tersingkir ke perlawanan akhir setelah tersungkur 7 – 3 di kaki New Zealand.
Salih Yaacob Kahwin Isteri Ke-4...
Pelakon dan pelawak terkenal Salih Yaacob bakal melangsungkan perkahwinan buat kali keempat dengan seorang gadis yang hanya mahu kenali sebagai Emi, 24 tahun.
Menurut Harian Metro, gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami penyampai radio Sinar FM yang sudah diamalkan sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih menguruskan kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.
Dalam poligami aman dengan tiga isteri, Salih telah dikurniakan 11 zuriat.
Menurut Emi, dia tertarik dengan hidung Salih selain memenuhi kriteria lelaki pilihannya.
“Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,” katanya.
Menurut Emi, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Rupa paras perkara kedua, bagi saya yang lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.
“Saya sukakan dia yang menitik berat ajaran agama, cara dia membimbing 11 anak dan tiga isteri, sebab saya terfikir macam mana dia boleh mengurus keluarga besar dengan masing-masing hidup aman damai . . . dia ceritakan semuanya dan dari situ saya tertarik.
“Faktor itu yang buat saya mahu tahu lebih mendalam lagi. Saya akui perkara itu membuatkan abang berbeza daripada lelaki lain. Kalau lelaki lain mulut saja manis, tapi kosong, abang tidak begitu, dia ada isu,” katanya.
Menceritakan detik perkenalan mereka, Emi memberitahu dari awalnya dia tidak berminat untuk mengenali Salih secara rapat memandangkan pertemuan mereka atas dasar antara peminat dengan artis di satu pementasan di Pulau Pangkor, Perak, November lalu.
EMPAT PEMAIN LIGA SUPER PERAK DAPAT PERHATIAN DUA JURULATIH KEBANGSAAN
Empat pemain Perak mendapat perhatian dua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dan Ong Kim Swee bagi disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
Rajagobal yang mengendalikan skuad kebangsaan memanggil pemain pertahanan, Mohd Hisyamudin dan penjaga gol, Mohd Nasril Mat Nourdin menjalani latihan persediaan kelayakan Piala Dunia 2014.
Malaysia diundi menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia akan menerima kunjungan negara tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun.
Selepas itu, Malaysia akan bertandang ke Taiwan untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai akan datang.
Sekiranya berjaya melepasi Taiwan, skuad bimbingan Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.
Sementara perlawanan timbal baliknya dijadual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.
Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin gembira dengan perhatian yang diberikan kepada pemain-pemain negeri ini.
Sebelum ini, para pemain Perak jarang diberi perhatian kerana prestasi skuad Seladang kurang memuaskan.
Kini, prestasi Perak semakin memberangsangkan menyebabkan jurulatih kebangsaan mula membuka mata.
“Saya berharap pemilihan keempat-empat pemain tersebut akan mencetuskan semangat pemain lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing,” jelas
Presiden Pafa itu.
Presiden Pafa itu.
Sementara itu, Mohd Syazwan Mohd Roslan dan Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri pula menjadi perhatian jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee.
Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun sebelum menanti kunjungan lawan di ibu negara pada 23 Jun.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.
Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah
pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.
Rabu, 13 April 2011
Perak 4 - 0 Kelantan!!...Kejor Yop Kejor!!

Pasukan Perak tetap Gah seperti dulu...

Pertembungan Norshahrul dengan 2 pemain Perak...

Akmal Rizal cuba mengawal bola...

Khairul Fahmi mengutip bola (yang keempat) dengan rasa kecewa...
Isnin, 11 April 2011
NEW PrimaX 95 Xtra...

Pengganti ron 95...harga tetap sama seperti dulu (aku x ingat harga dulu)....
Langgan:
Catatan (Atom)
